Tuesday, March 30, 2010

3.Pemantauan projek Bokashi



Pada sabtu yang lalu, 20/3/2010, kami berenam (ina, ama,ikin, dija, ayu dan nik) bersama dr. anizan telah membuat lawatan pemantauan ke beberapa rumah di taman sutera, kajang. Tujuan pemantauan tersebut, untuk melihat sendiri bagaimana hasil yang telah diperoleh dari beberapa orang penduduk taman serta menyerahkan bokashi mix kepada beberapa orang yang telah kehabisan dedak bokashi mereka, serta tong tambahan kepada peserta yang menginginkannya.

Syukur alhamdulilah, semua berjalan lancar, pertamanya kami ke rumah En. Yusuf dan seterusnya ke rumah En. Shukri.
kenangan bersama en.yusuf & dr.anizan serta team pemantau Bokashi taman sutera




penyerahan cenderahati dan tong tambahan kepada Pn. Ani


kenangan bersama keluarga Pn. Ani, salah seorang peserta projek Bokashi


penyerahan Bokashi mix


Temubual untuk rakaman video, serta seisi fotografi telah diadakan.



Dr. Anizan turut juga memperkenalkan kaedah pengkomposan buah di pejabatnya.

contoh pengkomposan buah

Aktiviti bersama semua ahli pemantau Taman Sutera dan Dr. Anizan telah diadakan dari jam 9-2.00ptg. Semua memberi komitmen yang baik.

Terima kasih kepada Dr. Anizan, penduduk Taman Sutera, terutama peserta projek perintis Bokashi serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

0 comments:

Post a Comment