Tindakan penghasilan kompos itu sebenarnya adalah aktiviti metabolisma untuk EM. EM memakan bahan organik lalu terurai kepada kompos yang mempunyai struktur lebih ringkas bagi penyerapan tumbuhan.
Dalam EM terdapat sejenis bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk menguraikan kompos, bakteria ini dinamakan anaerobik. Oleh itu pembikinan kompos perlu ditutup dengan plastik untuk membenarkan bakteria anaerobik bertindak dengan lebih berkesan.
Kompos boleh menjadi sangat panas semasa proses penguraian berlaku sehingga mencecah 65 darjah Celcius. Warnanya akan bertukar kehitam-hitaman secara perlahan-lahan dan wap air akan terbebas. Lebih kurang seminggu ke 10 hari, kompos sudah siap digunakan (Melor 2009).
0 comments:
Post a Comment