Pada sabtu yang lalu, 20/3/2010, kami berenam (ina, ama,ikin, dija, ayu dan nik) bersama dr. anizan telah membuat lawatan pemantauan ke beberapa rumah di taman sutera, kajang. Tujuan pemantauan tersebut, untuk melihat sendiri bagaimana hasil yang telah diperoleh dari beberapa orang penduduk taman serta menyerahkan bokashi mix kepada beberapa orang yang telah kehabisan dedak bokashi mereka, serta tong tambahan kepada peserta yang menginginkannya.
Temubual untuk rakaman video, serta seisi fotografi telah diadakan.
Dr. Anizan turut juga memperkenalkan kaedah pengkomposan buah di pejabatnya.
Aktiviti bersama semua ahli pemantau Taman Sutera dan Dr. Anizan telah diadakan dari jam 9-2.00ptg. Semua memberi komitmen yang baik.
Terima kasih kepada Dr. Anizan, penduduk Taman Sutera, terutama peserta projek perintis Bokashi serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Baca lagi..