Tuesday, March 30, 2010

3.Pemantauan projek Bokashi

0 comments


Pada sabtu yang lalu, 20/3/2010, kami berenam (ina, ama,ikin, dija, ayu dan nik) bersama dr. anizan telah membuat lawatan pemantauan ke beberapa rumah di taman sutera, kajang. Tujuan pemantauan tersebut, untuk melihat sendiri bagaimana hasil yang telah diperoleh dari beberapa orang penduduk taman serta menyerahkan bokashi mix kepada beberapa orang yang telah kehabisan dedak bokashi mereka, serta tong tambahan kepada peserta yang menginginkannya.

Syukur alhamdulilah, semua berjalan lancar, pertamanya kami ke rumah En. Yusuf dan seterusnya ke rumah En. Shukri.
kenangan bersama en.yusuf & dr.anizan serta team pemantau Bokashi taman sutera




penyerahan cenderahati dan tong tambahan kepada Pn. Ani


kenangan bersama keluarga Pn. Ani, salah seorang peserta projek Bokashi


penyerahan Bokashi mix


Temubual untuk rakaman video, serta seisi fotografi telah diadakan.



Dr. Anizan turut juga memperkenalkan kaedah pengkomposan buah di pejabatnya.

contoh pengkomposan buah

Aktiviti bersama semua ahli pemantau Taman Sutera dan Dr. Anizan telah diadakan dari jam 9-2.00ptg. Semua memberi komitmen yang baik.

Terima kasih kepada Dr. Anizan, penduduk Taman Sutera, terutama peserta projek perintis Bokashi serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Baca lagi..

2.Kami dan Projek Bokashi

0 comments
Pada petang 12 Januari 2010, pertama kalinya ahli kumpulan kami diperkenalkan kepada Prof. Madya Dr. Anizan Isahak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar LA21 Majlis Perbandaran Kajang.



Dr. Anizan juga merupakan pensyarah FST,UKM, beliau telah memperkenalkan kepada kami satu program Projek Perintis Kitar Semula Organik MPKj. Kami telah dilantik sebagai pemantau bagi projek tersebut di kawasan perumahan Taman Sutera.


Dan pada malamnya kami terlibat dengan program di surau Taman Sutera, Kajang(program penyerahan dan taklimat Kompos Bokashi)



Dr. Anizan dan Pn. Rinawati Ruski menerangkan secara terperinci bagaimana untuk menghasilkan baja kompos Bokashi.Y.B Lee Kim Sin selaku ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, turut hadir bersama-sama menjayakan program menghasilkan baja kompos Bokashi.



Sesi soal jawab dilakukan sejurus tamat demonstrasi tersebut oleh Dr. Anizan. Sebelum majlis bersurai, sedikit jamuan disediakan kepada tetamu yang hadir menjayakan Projek Perintis Kitar Semula Organik.

Baca lagi..

1.Apa itu Kompos Bokashi

0 comments
Ia merupakan kaeadah yang paling efektif untuk mengkomposkan bahan buangan dapur dalam bekas kedap udara menggunakan Bokashi sebagai bahan pemula kompos. Bokashi menggunakan sekumpulan bakteria yang dipanggil effective microorganism (EM). EM ini merupakan sumber volkanik atau gunung berapi terdiri daripada mycelium, sejenis kulat yang hidup di persekitaran suhu panas.


Tindakan penghasilan kompos itu sebenarnya adalah aktiviti metabolisma untuk EM. EM memakan bahan organik lalu terurai kepada kompos yang mempunyai struktur lebih ringkas bagi penyerapan tumbuhan.
Dalam EM terdapat sejenis bakteria yang tidak memerlukan oksigen untuk menguraikan kompos, bakteria ini dinamakan anaerobik. Oleh itu pembikinan kompos perlu ditutup dengan plastik untuk membenarkan bakteria anaerobik bertindak dengan lebih berkesan.
Kompos boleh menjadi sangat panas semasa proses penguraian berlaku sehingga mencecah 65 darjah Celcius. Warnanya akan bertukar kehitam-hitaman secara perlahan-lahan dan wap air akan terbebas. Lebih kurang seminggu ke 10 hari, kompos sudah siap digunakan (Melor 2009).

Baca lagi..